Sejarah Classy (kumpulan muzik)

Pembentukan melalui My Teenage Girl

Rencana utama: My Teenage Girl

My Teenage Girl ditayangkan pada 28 November 2021 dan menampilkan 83 orang peserta wanita dari negara yang berbeza. Semasa episod akhir secara langsung pada 27 Februari 2022, ahli akhir ditentukan oleh penonton melalui undian.[2]

Sebelum tayangan perdana, beberapa ahli sudah pun aktif dalam industri hiburan. Myung Hyung-seo ialah bekas ahli Busters dan sebelum ini membuat debut lakonannya dalam siri web A-Teen 2 (2019).[3] Kim Ri-won ialah bekas pelakon dan model kanak-kanak, membintangi siri web My YouTube Diary (2019) dan sekuelnya My Mukbang Diary (2020).[4] Kim Seon-you mengambil bahagian dalam Cap-Teen, tetapi telah tersingkir dalam pusingan pertama persembahan.

2022–sekarang: Debut dengan Class Is Over dan deut Jepun

Pada 1 Mac, Classy telah disahkan membuat debut Korea mereka pada musim bunga dan mengumumkan konsert pertama mereka yang akan diadakan pada bulan April.[5] Tidak lama selepas itu, kumpulan ini mempersembahkan "Surprise" di pelbagai program muzik sebagai hadiah istimewa untuk peminat mereka.[6][7][8] Pada 8 Mac, berikutan persembahan mereka di SBS MTV The Show, kumpulan ini menjadualkan debut Korea mereka pada bulan April dan mengesahkan mereka akan membuat persembahan dengan finalis 'My Teenage Girl yang tersingkir dalam konsert pertama mereka.[9]

Pada 16 April 2022, diumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan album mini pertama mereka Class Is Over pada 5 Mei 2022 dengan single utama "Shut Down".[10][11]

Pada 22 Jun 2022, mereka akan membuat debut Jepun mereka dengan single Bahasa Jepun "Shut Down -JP Ver.-".[12]